Friday, August 21, 2009

Love Is Halus



Assalamualaikum..terima kasih di ucapkan kepada Buncha dan Lily haryani kerana sudi memberikan
comment kepada saya..Untuk post yang ke-3 , saya ingin berkongsi dengan anda semua dalam memperihalkan isu Cinta.

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Ya, seperti saya. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda bersabda :

Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Hurmm..mesti ada yang di antara kamu yang pelik dan hairan mengapa saya mengeluarkan hujah mengenai cinta. Ya, saya adalah seorang pemerhati. Saya mempunyai rakan2 yang juga mempersoalkan tentang cinta sebelum kahwin. Saya bertanya kepada yang lebih tahu, membuat kajian, dan akhirnya saya ketemu jawapannya.

Jadi, sama-samalah kita fikirkan bersama..

...Cinta Itu Halus : )---Aku Yang Halus


8 comments:

  1. Yang peliknya, saya pun setuju dengan post kali ini ataupun jauh melebihi setuju. Banyak orang mungkin ingat saya ni ketinggalan zaman atau macam org tua2 tapi bercinta sebelum kahwin, tidak akan menjanjikan apa-apa... Bercinta kerana Allah adalah cinta segala-galanya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih lily haryani. Bertepatan dengan tajuk post saya pada kali ini, Cinta Itu Halus..
    Cinta kepada manusia, kepada Allah..Subjektif.. Dua istilah yang berbeza..Cinta kepada Allah..Untuk menjadikan kita sebagai hambanya yang taat, patuh dan berserah kepada Allah. Kita mengamalkan suruhan-NYa dan meninggalkan larangan-Nya.. Maka, kita mencintai-NYA..

    Cinta kepada manusia..Sebagai pelengkap hidup,mendirikan rumah tangga, melahirkan anak..Sekaligus menunaikan amanah Allah..
    Mengikut garis panduan islam. Ianya sgt bertepatan.

    ReplyDelete
  3. Sebelum itu saya mohon maaf sebab saya ni memang suka berbincang/berdebat/berbahas - harap awak tak kisah bagi pendapat sendiri^^ ...

    Seperti comment di atas, cinta kepada manusia dan cinta kepada Allah adalah berbeza. Begitu juga antara 'cinta kepada Allah' atau 'cinta kerana Allah'.

    - Cinta kepada Allah, seperti yang awak jelaskan di atas tetapi 'Cinta Kepada Manusia Kerana ALLAH' adalah mencintai seseorang manusia dengan izin, redha dan rahmat-NYA.

    Saya suka baca satu petikan dari Novel 'Ayat-Ayat Cinta' ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy:
    "Apa maksudmu? Apakah ada dua orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justeru saling memusuhi?" tanya Aisya.

    "Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa."

    "Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab, mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah S.W.T. Inilah yang diperingatkan oleh Allah S.W.T. dalam surah Az-Zuhruf, ayat 67:

    Orang-orang yang akrab saling kasih-mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa."
    - bab Ayat-Ayat Cinta, m/s 436-437

    cinta suci, sejati dan abadi adalah bercinta dengan dia dunia dan akhirat kerana Allah...

    > mohon jika ada kesilapan, dibetulkan ^^

    ReplyDelete
  4. thanx..Jadi, bercintalah...Bercintalah dengan berlandaskan ketakwaan kepada Allah. Maka ,kedua duanya akan selamat di akhirat kelak. : )..
    credit 2 you..U byk membaca. Saya juga pernah membaca novel tu. It's so nice.

    ReplyDelete
  5. bgus post ni...=))..

    sesungguhnya cinta yang sempurna hanyalah cinta kepada Yang Maha Agung...bgitu indah hdup ini jika difikirkan dgn btul2..=))

    Jazakallah ats post ni..:))

    ReplyDelete